Friday, February 27, 2015

BEKAM SINERGI

Sebarang Pertanyaan sila hubungi atau whatsapp ke 0133131091

Sunday, January 25, 2015



Anti Penuaan

Anti Penuaan /Membersih Muka/ Menghapuskan Jerawat

Mari kita membuatnya sendiri

Madu sudah sekian lama terkenal sebagai penyembuh yang sangat berkesan. Madu dengan serbuk kulit kayu manis  pula adalah bahan semula jadi yang sangat berkesan untuk dijadikan masker merawat  kulit muka bagi tujuan sebagai ajen anti penuan juga pembersih kulit dan menghilangkan jewarat.
Lakukan sendiri di rumah dan jangan biarkan kulit muka  anda di liputi oleh banyak bahan kimia sebagai ajen perbersih muka.

Cara penyedian nya.

1.       Ambil satu sudu besar madu asli (jgn sama sekali menggunakan madu tiruan atau campuran)
2.       Ambil satu sudu besar sebuk kulit kayu manis (sediakan sendiri serbuk kulit kayu manis dengan menggunakan pengisar)
3.       Gaul kedua bahan tadi rata rata
4.       Simpan satu jam di dalam peti sejuk
5.       Bersihkan muka dan ambil campuran tadi gunakan sebagai masker
6.       Biarkan masker selama 30 minit di muka anda
7.       Bersihkan muka dengan air bersih yang sejuk( campurkan air yang bersih dengan beberapa kertulan ais)
8.       Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.
9.       Lihatlah hasil nya selepas tiga minggu

Selamat mencuba. 

Gunakan semua bahan dari alam yang telah Allah jadikan untuk kita semua . Hindari diri kita dari pembersih kimia yang akan menjejaskan diri kita sendiri di satu  jangka masa yang panjang nanti. 

Wednesday, January 7, 2015

KELEBIHAN MADU DENGAN CAMPURAN KULIT KAYU MANIS


 
KELEBIHAN MADU DENGAN CAMPURAN KULIT KAYU MANIS

Madu dan Kulit kayu manis merupakan dua khazanah alam yang Allah anugerahkan dan didapati dengan bagitu mudah di Malaysia. Gabungan kayu manis dan madu ternyata dapat menyembuhkan banyak penyakit. Mengikut kajian pakar kesihatan menyatakan bahawa walaupun madu itu manis tapi kemanisan aslinya jikan diminum dengan dos yang tepat tidak akan membahayakan penyakit diabetis.

Weekly World News edisi 17 Januari 1995 menyenaraikan satu penemuan pakar barat moden mengenai campuran madu dan kayu manis mampu merawat 13 jenis penyakit. University Copenhagen juga membuat kajian mengenai khasiat madu dan kulit kayu manis dan mereka juga membuktikan bahawa madu campuran kulit kayu manis dapat menyembuhkan banyak penyakit.
Diantara nya

1) Jantung                                              

2) Penyakit Artritis

3) Selesema

4) Sakit perut

5) Sakit gigi

6) Pengurangan kolesterol

7) Membantu proses penghadaman

8) Menyembuh jangkitan di pundi kencing

9) Jerawat

10) Keguguran rambut

11) Sistem imunisasi

12)Masalah kesuburan

13) Nafas berbau

CARA PENGGUNAAN:-

1) Dicampukan dengan air

2) Sapuan pada roti / biskut

 

Dapatkan Madu Kulit Kayu Manis dari kami dengan harga yang istemewa.

Jaminan kami : Madu yang kami guna kan adalah 100% madu asli berdasarkan ujian makmal dan mempunyai sijil pengesahan keaslian.
PRODUCT INI ANTARA PRODUCT KAMI YANG TERHANGAT DI PASARAN SEKARANG  

 

Alam Adalah Guru Kita Pelajarilah Dari Alam


ALAM ADALAH GURU KITA

PELAJARILAH DARI ALAM

Selamat tahun baru untuk anda semua. Semoga tahun ini Allah terus memberi kita semua kekuatan, memberi keinsafan, kebahagian dan kita semua semakin bertaqwa.

 

Memulakan tahun baru saya ingin menulis sesuatu berdasarkan keajaiban dan khazanah alam yang terbentang luas yang Allah sediakan untuk kita semua. Pelajarilah dari alam, jadikan diri kita sebahagian dari alam kerana kita berkongsi antara diri kita dan alam dalam semua aspek kehidupan.

Sebelum Allah turun kan nabi Adam a.s kemuka bumi Allah telah sediakan kepada nabi Adam semua keperluan untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ertinya Allah telah melengkapkan semuanya untuk keperluan manusia.

Tulisan ringkas pagi ini adalah mengenai soal permakanan dan cara permakanan yang akan banyak mempengaruhi tahap kesihatan kita. 

Apabila kita  makan kenapa kita harus mengambil masa yang lama mengunyah makanan sebelum kita telan. Apabila kita  makan kita di sarankan agar kita makan secara beradab( kunyah secara perlahan dan kurangkan bercakap). Apabila kita makan kita disarankan tidak meminum air. Persoalan nya kenapa harus semua itu.

Ada makanan yang kita makan di kunyah beberapa kali boleh terus di telan, kenapa tidak di galakkan.  Sambil makan kita tidak ada halangan untuk bercakap, kenapa di larang. Sambil makan boleh saja kita minum kenapa di tegah ?

Secara saintifik jawapan kepada semua persoalan itu satu saja iaiatu sewaktu makan, kita bukan saja memakan makanan tapi kita juga memproses mengeluarkan enzyme yang sedia ada dalam mulut. Lebih banyak kunyahan maka lebih  banyak enzyme yang akan di keluarkan.  Apabila  makanan yang  kita  makan di telan  makanan sampai ke usus perut dan enzyme dalam usus perut terus keluar kerana ada ransangan dari enzyme mulut.

Maka disini bermulalah proses penghadaman. Untuk membolehkan usus melakukan tugas nya dengan cemerlang maka makanan yang masuk ke usus mestilah menepati dengan piawai yang telah usus tetapkan.

 Apakah tugas utama usus ? Tugas usus adalah melakukan proses penghadaman , menyerap makanan. Apa akan jadi kiranya makanan yang masuk tidak menepati piawai usus.

Usus akan keletihan, sari pati  zat makanan tidak  dapat di serap dengan sepenuhnya.

Apakah kesan seterusnya  ?  Kesan seterusnya adalah pertumbuhan  pertumbuhan sel sel tubuh  akan lambat dan kurang memuaskan.  Daya tahan tubuh sangat lemah, sel radikal bebas bermunculan,

Kesan seterusnya adalah adalah antaranya terjadilah berbagai jenis penyakit , sel sel kulit akan terjadi cepat menua. Bahkan  makanan yang tidak berserat seperti daging  boleh menyisakan kotoran yang akan menempel di dinding usus. Kesan seterusnya adalah menimbulkan penyakit lagi.

Sebenarnya  daging adalah  makanan yang kurang sesuai kiranya di makan secara berlebihan, manakala sayuran dan buahan adalah makananyang sangat memberi tenaga kepada badan kita.

Cuba kita pelajari dari alam. Harimau makanan utamanya adalah daging. cuba lihat gaya makan harimau.  Binatang ini akan makan dengan cepat tanpa kunyahan yang sempurna. Seekor lembu dapat di habiskan cuma dalam beberapa minit sahaja.Selapas saja makan harimau akan terus tidur untuk beberapa hari. Setelah kelaparan harimau mencari mangsanya lagi. Andai nya harimau tidak  berjaya menerkam mangsanya dan terus mengejar, harimau akan mengejar mangsanya  hanya untuk beberapa minit saja dan akan terus berhenti kerana keletihan. Harimau akan kehabisan tenaga dengan cepat.

Cuba kita lihat kuda, makan nya cuma rumput.  Cara makan nya lambat dan menguyah terlalu lama. Tidak akan tidur sesudah makan dan minum sedikit saja air selepas beberapa lama makan. Kekerapan makan kuda adalah sangat teratur. Sebab itu penjaga kuda lumba sangat menjaga jadual makan kuda kerana kuda hanya akan makan ikut jadual nya. Apabila kuda berlari, larian nya amat pantas dan sangat bertenaga dan dapat berlari terlalu lama berbanding dengan harimau.

Penulisan diatas cuma memokuskan dua perkara pokok sahaja iaitu cara kita makan dan apa yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan kita. Di celah celah dua perkara  pokok itu ada satu perkara yang menjadi pemangkin untuk kelancaran sistem nya iaitu ENZIM (ENYME). Apakah dia enzim dan apakah peranan nya ? Akan dijelaskan di artikal seterusnya.

................................................... bersambung