Wednesday, January 7, 2015

Alam Adalah Guru Kita Pelajarilah Dari Alam


ALAM ADALAH GURU KITA

PELAJARILAH DARI ALAM

Selamat tahun baru untuk anda semua. Semoga tahun ini Allah terus memberi kita semua kekuatan, memberi keinsafan, kebahagian dan kita semua semakin bertaqwa.

 

Memulakan tahun baru saya ingin menulis sesuatu berdasarkan keajaiban dan khazanah alam yang terbentang luas yang Allah sediakan untuk kita semua. Pelajarilah dari alam, jadikan diri kita sebahagian dari alam kerana kita berkongsi antara diri kita dan alam dalam semua aspek kehidupan.

Sebelum Allah turun kan nabi Adam a.s kemuka bumi Allah telah sediakan kepada nabi Adam semua keperluan untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ertinya Allah telah melengkapkan semuanya untuk keperluan manusia.

Tulisan ringkas pagi ini adalah mengenai soal permakanan dan cara permakanan yang akan banyak mempengaruhi tahap kesihatan kita. 

Apabila kita  makan kenapa kita harus mengambil masa yang lama mengunyah makanan sebelum kita telan. Apabila kita  makan kita di sarankan agar kita makan secara beradab( kunyah secara perlahan dan kurangkan bercakap). Apabila kita makan kita disarankan tidak meminum air. Persoalan nya kenapa harus semua itu.

Ada makanan yang kita makan di kunyah beberapa kali boleh terus di telan, kenapa tidak di galakkan.  Sambil makan kita tidak ada halangan untuk bercakap, kenapa di larang. Sambil makan boleh saja kita minum kenapa di tegah ?

Secara saintifik jawapan kepada semua persoalan itu satu saja iaiatu sewaktu makan, kita bukan saja memakan makanan tapi kita juga memproses mengeluarkan enzyme yang sedia ada dalam mulut. Lebih banyak kunyahan maka lebih  banyak enzyme yang akan di keluarkan.  Apabila  makanan yang  kita  makan di telan  makanan sampai ke usus perut dan enzyme dalam usus perut terus keluar kerana ada ransangan dari enzyme mulut.

Maka disini bermulalah proses penghadaman. Untuk membolehkan usus melakukan tugas nya dengan cemerlang maka makanan yang masuk ke usus mestilah menepati dengan piawai yang telah usus tetapkan.

 Apakah tugas utama usus ? Tugas usus adalah melakukan proses penghadaman , menyerap makanan. Apa akan jadi kiranya makanan yang masuk tidak menepati piawai usus.

Usus akan keletihan, sari pati  zat makanan tidak  dapat di serap dengan sepenuhnya.

Apakah kesan seterusnya  ?  Kesan seterusnya adalah pertumbuhan  pertumbuhan sel sel tubuh  akan lambat dan kurang memuaskan.  Daya tahan tubuh sangat lemah, sel radikal bebas bermunculan,

Kesan seterusnya adalah adalah antaranya terjadilah berbagai jenis penyakit , sel sel kulit akan terjadi cepat menua. Bahkan  makanan yang tidak berserat seperti daging  boleh menyisakan kotoran yang akan menempel di dinding usus. Kesan seterusnya adalah menimbulkan penyakit lagi.

Sebenarnya  daging adalah  makanan yang kurang sesuai kiranya di makan secara berlebihan, manakala sayuran dan buahan adalah makananyang sangat memberi tenaga kepada badan kita.

Cuba kita pelajari dari alam. Harimau makanan utamanya adalah daging. cuba lihat gaya makan harimau.  Binatang ini akan makan dengan cepat tanpa kunyahan yang sempurna. Seekor lembu dapat di habiskan cuma dalam beberapa minit sahaja.Selapas saja makan harimau akan terus tidur untuk beberapa hari. Setelah kelaparan harimau mencari mangsanya lagi. Andai nya harimau tidak  berjaya menerkam mangsanya dan terus mengejar, harimau akan mengejar mangsanya  hanya untuk beberapa minit saja dan akan terus berhenti kerana keletihan. Harimau akan kehabisan tenaga dengan cepat.

Cuba kita lihat kuda, makan nya cuma rumput.  Cara makan nya lambat dan menguyah terlalu lama. Tidak akan tidur sesudah makan dan minum sedikit saja air selepas beberapa lama makan. Kekerapan makan kuda adalah sangat teratur. Sebab itu penjaga kuda lumba sangat menjaga jadual makan kuda kerana kuda hanya akan makan ikut jadual nya. Apabila kuda berlari, larian nya amat pantas dan sangat bertenaga dan dapat berlari terlalu lama berbanding dengan harimau.

Penulisan diatas cuma memokuskan dua perkara pokok sahaja iaitu cara kita makan dan apa yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan kita. Di celah celah dua perkara  pokok itu ada satu perkara yang menjadi pemangkin untuk kelancaran sistem nya iaitu ENZIM (ENYME). Apakah dia enzim dan apakah peranan nya ? Akan dijelaskan di artikal seterusnya.

................................................... bersambung

No comments:

Post a Comment