Sunday, January 25, 2015



Anti Penuaan

Anti Penuaan /Membersih Muka/ Menghapuskan Jerawat

Mari kita membuatnya sendiri

Madu sudah sekian lama terkenal sebagai penyembuh yang sangat berkesan. Madu dengan serbuk kulit kayu manis  pula adalah bahan semula jadi yang sangat berkesan untuk dijadikan masker merawat  kulit muka bagi tujuan sebagai ajen anti penuan juga pembersih kulit dan menghilangkan jewarat.
Lakukan sendiri di rumah dan jangan biarkan kulit muka  anda di liputi oleh banyak bahan kimia sebagai ajen perbersih muka.

Cara penyedian nya.

1.       Ambil satu sudu besar madu asli (jgn sama sekali menggunakan madu tiruan atau campuran)
2.       Ambil satu sudu besar sebuk kulit kayu manis (sediakan sendiri serbuk kulit kayu manis dengan menggunakan pengisar)
3.       Gaul kedua bahan tadi rata rata
4.       Simpan satu jam di dalam peti sejuk
5.       Bersihkan muka dan ambil campuran tadi gunakan sebagai masker
6.       Biarkan masker selama 30 minit di muka anda
7.       Bersihkan muka dengan air bersih yang sejuk( campurkan air yang bersih dengan beberapa kertulan ais)
8.       Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.
9.       Lihatlah hasil nya selepas tiga minggu

Selamat mencuba. 

Gunakan semua bahan dari alam yang telah Allah jadikan untuk kita semua . Hindari diri kita dari pembersih kimia yang akan menjejaskan diri kita sendiri di satu  jangka masa yang panjang nanti. 

No comments:

Post a Comment