ALAM ADALAH
GURU KITA
PELAJARILAH DARI ALAM
Selamat
tahun baru untuk anda semua. Semoga tahun ini Allah terus memberi kita semua
kekuatan, memberi keinsafan, kebahagian dan kita semua semakin bertaqwa.
Memulakan
tahun baru saya ingin menulis sesuatu berdasarkan keajaiban dan khazanah alam
yang terbentang luas yang Allah sediakan untuk kita semua. Pelajarilah dari
alam, jadikan diri kita sebahagian dari alam kerana kita berkongsi antara diri
kita dan alam dalam semua aspek kehidupan.
Sebelum
Allah turun kan nabi Adam a.s kemuka bumi Allah telah sediakan kepada nabi Adam
semua keperluan untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ertinya Allah telah
melengkapkan semuanya untuk keperluan manusia.
Tulisan
ringkas pagi ini adalah mengenai soal permakanan dan cara permakanan yang akan banyak
mempengaruhi tahap kesihatan kita.
Apabila
kita makan kenapa kita harus mengambil
masa yang lama mengunyah makanan sebelum kita telan. Apabila kita makan kita di sarankan agar kita makan secara
beradab( kunyah secara perlahan dan kurangkan bercakap). Apabila kita makan
kita disarankan tidak meminum air. Persoalan nya kenapa harus semua itu.
Ada makanan
yang kita makan di kunyah beberapa kali boleh terus di telan, kenapa tidak di
galakkan. Sambil makan kita tidak ada halangan
untuk bercakap, kenapa di larang. Sambil makan boleh saja kita minum kenapa di
tegah ?
Secara
saintifik jawapan kepada semua persoalan itu satu saja iaiatu sewaktu makan, kita
bukan saja memakan makanan tapi kita juga memproses mengeluarkan enzyme yang
sedia ada dalam mulut. Lebih banyak kunyahan maka lebih banyak enzyme yang akan di keluarkan. Apabila
makanan yang kita makan di telan makanan sampai ke usus perut dan enzyme dalam
usus perut terus keluar kerana ada ransangan dari enzyme mulut.
Maka disini
bermulalah proses penghadaman. Untuk membolehkan usus melakukan tugas nya
dengan cemerlang maka makanan yang masuk ke usus mestilah menepati dengan
piawai yang telah usus tetapkan.
Apakah tugas utama usus ? Tugas usus adalah
melakukan proses penghadaman , menyerap makanan. Apa akan jadi kiranya makanan
yang masuk tidak menepati piawai usus.
Usus akan
keletihan, sari pati zat makanan
tidak dapat di serap dengan sepenuhnya.
Apakah kesan
seterusnya ? Kesan seterusnya adalah pertumbuhan pertumbuhan sel sel tubuh akan lambat dan kurang memuaskan. Daya tahan tubuh sangat lemah, sel radikal
bebas bermunculan,
Kesan
seterusnya adalah adalah antaranya terjadilah berbagai jenis penyakit , sel sel
kulit akan terjadi cepat menua. Bahkan makanan yang tidak berserat seperti daging boleh menyisakan kotoran yang akan menempel di
dinding usus. Kesan seterusnya adalah menimbulkan penyakit lagi.
Sebenarnya daging adalah
makanan yang kurang sesuai kiranya di makan secara berlebihan, manakala
sayuran dan buahan adalah makananyang sangat memberi tenaga kepada badan kita.
Cuba kita
pelajari dari alam. Harimau makanan utamanya adalah daging. cuba lihat gaya
makan harimau. Binatang ini akan makan
dengan cepat tanpa kunyahan yang sempurna. Seekor lembu dapat di habiskan cuma
dalam beberapa minit sahaja.Selapas saja makan harimau akan terus tidur untuk
beberapa hari. Setelah kelaparan harimau mencari mangsanya lagi. Andai nya
harimau tidak berjaya menerkam mangsanya
dan terus mengejar, harimau akan mengejar mangsanya hanya untuk beberapa minit saja dan akan
terus berhenti kerana keletihan. Harimau akan kehabisan tenaga dengan cepat.
Cuba kita lihat
kuda, makan nya cuma rumput. Cara makan
nya lambat dan menguyah terlalu lama. Tidak akan tidur sesudah makan dan minum
sedikit saja air selepas beberapa lama makan. Kekerapan makan kuda adalah
sangat teratur. Sebab itu penjaga kuda lumba sangat menjaga jadual makan kuda
kerana kuda hanya akan makan ikut jadual nya. Apabila kuda berlari, larian nya
amat pantas dan sangat bertenaga dan dapat berlari terlalu lama berbanding
dengan harimau.
Penulisan
diatas cuma memokuskan dua perkara pokok sahaja iaitu cara kita makan dan apa
yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan kita. Di celah celah dua
perkara pokok itu ada satu perkara yang
menjadi pemangkin untuk kelancaran sistem nya iaitu ENZIM (ENYME). Apakah dia
enzim dan apakah peranan nya ? Akan dijelaskan di artikal seterusnya.
...................................................
bersambung